
Top Glove Dakwa Harapkan Kekosongan Kerja Diisi Penduduk Tempatan Adalah Tidak Realistik
Pengerusi dan Pengasas Top Glove, Tan Sri Lim Wee Cha memberitahu Bernama kekosongan kerja yang wujud selepas kerajaan Malaysia membekukan pengambilan pekerja asing sehingga tahun ini menyebabkan tenaga kerja syarikat ketika ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan sarung tangan yang meningkat secara mendadak disebabkan pandemik COVID-19.
Jelas Lim, di sebalik usaha menggaji pekerja untuk mengharapkan hanya penduudk tempatan mengisi kekosongan itu bukanlah sesuatu yang realistik dan akan mengurangkan daya saing Malaysia.

Pada tahun lalu, Top Glove telah mengupah 2,500 pekerja tempatan daripada 19,000 tenaga kerja syarikat di seluruh dunia.
BACA:
Berharap kerajaan akan membuka semula proses pengambilan pekerja menjelang 1 September selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membolehkan syarikat mengisi kekurangan tenaga kerja yang ada.
“Sebelum COVID-19, kapasiti kami sekitar 80% hingga 85%. Sekarang ia mencecah lebih 100 peratus. Walaupun kita tambah kemampuan baharu, kita masih belum dapat memenuhi permintaan, permintaannya terlalu banyak.”
Menurut Top Glove, tempoh masa sekarang adalah untuk memenuhi pesanan sarung tangan lebih dari setahun, membawa makna pesanan hari ini akan mengambil masa lebih setahun sebelum penghantaran tiba berbeza dengan sebelum pandemik melanda yang mana tempohnya adalah antara 10 hingga 60 hari.
BACA: Dunia Bergantung Pada Sarung Tangan Getah Malaysia Melawan COVID-19 – Kedutaan AS
Top Glove sebelum ini menjadi tumpuan berita atas dakwaan melanggar gak pekerja; memaksa kerja berlebihan, memotong gaji secara tidak sah dan tidak beretika ketika mengupah pekerja namun ianya dinafikan pihak syarikat sebagai ‘tidak benar’.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1919845874815286
Kata Lim, pekerja sekurang-kurangnya menerima gaji RM1,600 melebihi gaji minimum di Malaysia, diberi pampasan mengikut masa bekerja dan mengikut kekanan dan sesuai dengan undang-undang buruh tempatan selain daripada penyediaan perkhidmatan kesihatan dan makanan percuma.
Sumber: Bernama