Top 20 Filem Tempatan

‘Top 20’ Filem Tempatan Terlaris Sepanjang Zaman

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wow! Hanya dalam masa seminggu, filem Mat Kilau berjaya mengutip lebih RM23 juta!

Rata-rata yang telah menontonnya memuji karya Syamsul Yusof tersebut yang disifatkan sebagai fenomena luar biasa dalam dunia perfileman tanah air.

Meskipun terdapat segelintir ‘pengkritik’ yang menganggap Mat Kilau hanyalah merupakan sebuah filem tempatan yang ‘biasa-biasa’ sahaja, setiap hari kutipan filem pecah panggung ini pula seolah-olah membuktikan sebaliknya.

BACA: ‘Review’ Paling Jujur Mat Kilau: Hanya Layak Dapat 5.5/10?

Melihat kepada jumlah kutipannya yang sangat memberangsangkan tersebut, Mat Kilau juga dijangka akan memecah lebih banyak rekod seterusnya akan menjadi filem tempatan terlaris nombor 1 sepanjang zaman!

Apakah filem-filem box-office tempatan yang lain di Malaysia? Jom ikuti carta ‘Top 20’ filem tempatan terlaris sepanjang zaman berikut. Sama-samalah kita sokong filem tempatan!

NOTA: Filem Mat Kilau TIDAK DISENARAIKAN kerana tayangannya masih berlangsung dan kini sedang meletup-letup di pawagam di seluruh negara (kecuali Kelantan).

#20 MISTERI DILAILA (2019)

20

Pengarah: Syafiq Yusof

Jumlah kutipan: RM9.44 juta

#19 DUKUN (2018)

19

Pengarah: Dain Said

Jumlah kutipan: RM10 juta

#18 OMBAK RINDU (2011)

18

Pengarah: Osman Ali

Jumlah kutipan: RM10.9 juta

#17 KL GANGSTER (2011)

17

Pengarah: Syamsul Yusof

Jumlah kutipan: RM11.74 juta

#16 SANGKAR (2019)

16

Pengarah: Kabir Bhatia

Jumlah kutipan: RM11.9 juta

#15 KL SPECIAL FORCE (2018)

15

Pengarah: Syafiq Yusof

Jumlah kutipan: RM12.22 juta

#14 PUSAKA (2019)

14

Pengarah: Razaisyam Rashid

Jumlah kutipan: RM13.7 juta

#13 BOBOIBOY THE MOVIE (2016)

13

Pengarah: Mohd Nizam Abd Razak

Jumlah kutipan: RM15.77 juta

#12 OLA BOLA (2016)

12

Pengarah: Chiu Keng Guan

Jumlah kutipan: RM16.67 juta

#11 MUNAFIK (2016)

11

Pengarah: Syamsul Yusof

Jumlah kutipan: RM17.04 juta

#10 THE JOURNEY (Kantonis) (2014)

10

Pengarah: Chiu Keng Guan

Jumlah kutipan: RM17.17 juta

#9 POLIS EVO (2015)

9

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Jumlah kutipan: RM17.74 juta

#8 ABANG LONG FADIL 2 (2017)

8

Pengarah: Syafiq Yusof

Jumlah kutipan: RM18.15 juta

#7 POLIS EVO 2 (2018)

7

Pengarah: Joel Soh/Andre Chiew

Jumlah kutipan: RM22.45 juta

#6 UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL (2019)

6

Pengarah: Adam Amiruddin/Ahmad Razuri Roseli/Syed Nurfaiz

Jumlah kutipan: RM26.2 juta

#5 PASKAL THE MOVIE (2018)

5

Pengarah: Adrian Teh

Jumlah kutipan: RM28.98 juta

#4 BOBOIBOY MOVIE 2 (2019)

4

Pengarah: Mohd Nizam Abd Razak

Jumlah kutipan: RM29.57 juta

#3 EJEN ALI THE MOVIE (2019)

3

Pengarah: Usamah Zaid Yasin

Jumlah kutipan: RM30.05 juta

#2 HANTU KAK LIMAH (2018)

2

Pengarah: Mamat Khalid

Jumlah kutipan: RM36.23 juta

#1 MUNAFIK 2 (2018)

1

Pengarah: Syamsul Yusof

Jumlah kutipan: RM37.74 juta

 

Sumber: FINAS