
Tony Fernandes Letak Jawatan Lembaga Pengarah Demi Beri Peluang Kepada Pemimpin Muda
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhs, Tan Sri Tony Fernandes semalam memberitahu bahawa beliau akan melepaskan semua jawatannya sebagai Lembaga Pengarah dalam semua syarikat kecuali di AirAsia, AirAsia X dan airasia.com.
Menerusi ciapan di Twitter peribadinya, Tony menjelaskan keputusan berkenaan dilakukan sebagai salah satu perancangannya dalam memberi peluang kepada barisan kepimpinan baharu daripada kalangan pemimpin muda syarikat terlibat.
https://twitter.com/tonyfernandes/status/1174222973819084800
Kata Tony lagi, pimpinan muda mempunyai bakat luar biasa dan ‘penurunan’ beliau adalah bagi memberi peluang kepada golongan muda menonjolkan bakat yang mereka ada.
Dalam transformasi AirAsia bulan lalu, AirAsia mengumumkan mereka akan menyusun semula kepimpinan bagi menyokong transformasi untuk menjadi syarikat platform dan kewangan selain daripada membina airasia.com sebagai jenama gaya hidup.
Untuk pengetahuan anda, Lembaga Pengarah Crescent Point Group, Caterham Cars Ltd, Tune Air Sdn Bhd, Tune Group, Tune Hotels Sdn Bhd, Loftus Road PLC, Tune Insurance Labuan Ltd, Capital OCA Bhd, Tune Money Sdn Bhd, Caterham Composites Ltd, Caterham Tech (M) Sdn Bhd, Dinato Racing Limited dan Epsom College Malaysia Sdn Bhd.
Lagenda tiada ganti.
Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.