Video Persandingan Mantan Agong

Tonton Video ‘Royal Wedding: Wedding Of The Year 2018’ Mantan Agong, Sultan Muhammad V Dan Oksana Voevodina

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tonton video perkahwinan ‘Royal Wedding: Wedding Of The Year 2018’.

Hujung November lalu, bekas Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dilaporkan telah bernikah dengan ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina di Rusia.

BACA: Betul Ke Statut Rom, ICC Gugat Kekebalan Yang Di-Pertuan Agong?

Kemudiannya tidak sampai dua bulan berita tersebut tersebar, baginda dikhabarkan meletakkan jawatannya sebagai YDPA Malaysia secara rasminya pada 6 Januari 2019 setelah dua tahun memerintah.

Masih tidak mendedahkan atau memberikan penjelasan mengenai berita tersebut, baginda yang masih memegang jawatan sebagai Sultan Kelantan ini bertindak mendiamkan diri walaupun gambar-gambar sepanjang majlis persandingannya sudah tersebar.

Video Persandingan Mantan Agong

Video Persandingan Mantan Agong 2

Video Persandingan Mantan Agong

Untuk melihat suasana kemeriahan majlis persandingan baginda, anda bolehlah klik di sini untuk tonton video:

MAJLIS PERSANDINGAN SULTAN MUHAMMAD V

Namun sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak istana berkenaan hal tersebut.

Selepas desas desus perkahwinan diraja tersebut, Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai YDPA pada 14 Oktober mengangkat sumpah pada 13 Disember telah meletak jawatan pada 6 Januari 2019 yang berkuatkuasa pada hari tersebut.

Semalam, sebuah portal Rusia telah melaporkan bahawa baginda sultan telah menimang cahaya mata sulungnya hasil perkahwinannya dengan bekas Ratu Cantik Rusia pada 21 Mei lalu. Berita yang didakwa diumumkan Oksana dengan rasa teruja di laman Instagram milik beliau.

Sumber: Premia Event