
Tonton Video Muzik ‘Sanity’ Hasil Ciptaan Pelajar Tingkatan 2
Zaman serba moden ini, kita dapat lihat ramai pelajar muda semakin bijak dan berbakat. Mereka menggunakan teknologi yang sedia ada untuk mengetengahkan bakat dan perkara harus dipuji.
Sead Studios Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penerbitan untuk siri animasi televisyen popular The Amazing Awang Khenit telah mengeluarkan sebuah video muzik yang berjudul Sanity yang dinyanyikan oleh Syafiqah.
Apa yang menarik disebalik video muzik ini ialah lirik dan melodi lagu ini semuanya hasil ciptaan penyanyi itu sendiri. Menurut sumber daripada pengguna Twitter dengan nama Hasbi Ghazali, lagu tersebut dinyanyikan oleh anak buahnya yang berusia 14 tahun dan grafik dalam video muzik itu dihasilkan salah seorang kartunis The Amazing Awang Khenit.

Tambah mengujakan lagi, apabila menonton video muzik ini membuatkan kita mengimbas kembali band virtual popular dari Britain, The Gorillaz. Cuma video muzik ini nampak lagi comel dan lebih menghiburkan dengan kehadiran watak Awang Khenit dan Badang di samping melodinya yang sungguh catchy.
Tonton video muzik Sanity di sini.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1DQocpHMP5/