
Tonton Video Muzik ‘Ratu’ Karya Faizal Tahir
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi dan komposer berbakat besar, Faizal Tahir ini?
Setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu berentak balada, Faizal Tahir muncul dengan single baharunya yang berjudul Ratu.
Ratu merupakan lagu ciptaan Faizal sendiri bersama Mike Chan dan Mage yang mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkan lagu tersebut dan merupakan balada pertama selepas 2 tahun.
Ratu menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.
Lagu ini mengisahkan mengenai luahan hati seseorang untuk seorang wanita yang selayaknya dicintai, dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.
Ia dibawah album terbaru Faizal Tahir iaitu ROJAK yang dinyatakan sendiri sebagai album terakhir beliau. Tonton video muzik Ratu yang pasti menyentuh hati ini di sini:
