
Tonton Video Muzik ‘Lima Aksara’ Daripada Dua Penyanyi Legenda
Apabila dua penyanyi legenda bergabung…
Ahad lepas, Broadway NuMusic telah melancarkan video muzik nyanyian daripada dua penyanyi berstatus ‘telan kaset’, Zamani dan Ezad Lazim.
Video muzik ini menampilkan lirik lagu untuk penonton menjiwai setiap bait lirik lagu yang ditulis oleh Fedtri Yahya.
Melodinya membawa kita kepada era 80-an hingga 90-an yang mana genre pop rock mula bertapak dalam industri muzik tanah air.
Mendengar lagu ini pasti membuatkan anda meremang! Bukan sahaja kerana lunaknya suara kedua-dua penyanyi itu, malah lirik lagu itu juga sangat menyentuh jiwa.
Rata-rata menganggap ‘lima aksara’ membawa maksud zikir, quran dan Allah menerusi liriknya, “Dialah, Dialah bait yang terindah, Sebuah cinta yang bermakna”.
Apa pun tafsiran anda, lagu ini membawa kisah pengharapan dan pergantungan diri kepada suatu kuasa yang lebih tinggi sebagai tempat pegangan, rujukan atau tunjang disaat kita berusaha untuk merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan ia membawa pengertian yang berbeza bagi setiap individu.
Jadi, jom tonton video muzik daripada Zamani dan Ezad Lazim ini sehingga menjadi trending di Youtube!