Berada Aman RA

Tonton Video Muzik ‘Berada’ Daripada Aman RA Kolaborasi Altimet Dan Noh Salleh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penyanyi rap Aman RA bukanlah nama asing dalam dunia hip hop tempatan. Mengukuhkan kedudukannya dalam arena muzik Malaysia dengan melancarkan lagu-lagu berkualiti setiap kali peluang itu muncul.

Aman RA melancarkan single terbaru yang berjudul Berada, merupakan single kelima beliau selepas pelancaran Yedowh, Tabah, Malu Tanya Sesat dan Bangun yang terkandung di dalam album sulungnya REBEL.

Lagu Berada menggabungkan tiga penyanyi terkenal dalam industri muzik tanah air iaitu Aman RA berkolaborasi dengan Altimet dan Noh Salleh.

Berada Aman RA

Single Berada mencerminkan perjalanan hidup dan latar belakang mereka yang agak berlainan tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan.

Menariknya, lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan wordplay perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Tidak dinafikan setiap bait lirik lagu apabila diamati sedikit sebanyak mengimbas kembali cabaran hidup yang dilalui dan kasih sayang serta dorongan yang telah diterima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan. Imbasan inilah yang mengingkatkan mereka dan juga kita untuk sentiasa berterima kasih dan berendah diri.

Tonton video muzik Berada yang dikongsikan oleh AmanRAVEVO di sini.

 

Tak tau nak beli komputer riba jenama apa? Tonton

Un-boxing and Reviewing Asus Vivobook A512F

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.