Sofyank Will Smith Gemini Man 4

Tonton Video Kolaborasi Sofyank Bersama Will Smith Untuk Promosi Filem ‘Gemini Man’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika akhir Julai lalu, content creator Malaysia yang terkenal dengan penghasilan video-video unik ala magik, Sofyank telah diundang untuk bertemu dengan idolanya iaitu Zach King dalam satu acara di Jakarta, Indonesia.

https://www.instagram.com/p/B0dQTb3F66Z/

Terbaharu, beliau sekali lagi bertuah kerana berpeluang bertemu dengan pelakon utama filem Gemini Man iaitu Will Smith di Budapest bagi merakamkan satu video ala magik sempena promosi filem bergenre thriller dan aksi yang bakal ditayangkan pada 10 Oktober ini.

Sofyank Will Smith Gemini Man

Berkongsi momen bertemu pelakon versatil itu, ramai yang menyuarakan rasa cemburu mereka pada Sofyank selepas melihat pose mesra beliau bersama Will Smith dalam hantaran terbaharu di Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/B3JW62sFwTx/

Di sebalik tabir pembikinan video…

https://www.instagram.com/p/B3TuHJzlvyY/

Video yang dihasilkan beliau turut mendapat perhatian Wiil Smith yang kemudiannya merepost di lamannya.

https://www.instagram.com/p/B3PsYDjBj21/

Menjadikan Zach King sebagai idola dalam menghasilkan video yang ringkas, menarik dan padat dengan mesej, Sofyank merupakan antara content creator di Malaysia yang mendapat perhatian ramai kerana keunikan produknya.

BACA: Selepas 20 Tahun Diperam, Filem Aksi ‘Gemini Man’ Akhirnya Bakal Ditayang Oktober Ini

Untuk pengetahuan anda, filem Gemini Man merupakan salah satu filem yang menjadi pemangkin revolusi dalam teknologi industri perfileman Hollywood kerana menggunakan animasi komputer bagi menghasilkan watak Will Smith versi muda.

Diarahkan oleh pengarah hebat dan terkenal iaitu Ang Lee, filem yang sudah diperam selama 20 tahun ini turut dibarisi pelakon-pelakon Hollywood hebat seperti Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen dan Benedict Wong.

Sebelum menonton di pawagam pada tarikh keramat 10 Oktober ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem Gemini Man dalam pautan di bawah:

 

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2Wd22Ln_1q/