Star Wars

Tonton Video Acah Filem ‘Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tonton Video Acah Filem ‘Star Wars: Episode IX – The Rise of Skywalker’

Dengan kapsyen setiap generasi ada lagenda, siri filem epik opera angkasa lepas, Star Wars kembali dengan sekuel melengkapkan trio ‘The Force Awakens’ (2015) dan ‘The Last Jedi’ (2017).

Star Wars

Bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2019, siri filem ini pastinya dinanti dengan debaran oleh peminat-peminatnya.

BACA: Netflix Keluarkan Trailer ‘Space Sweepers’, Filem Ala ‘Star Wars’ Versi Korea

Star Wars

Tonton video acah filem keluaran Lucasfilm Ltd dan Bad Robot Productions seperti di bawah:

Terkini:

Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem ini meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat komplikasi daripada penyakit bawaan COVID-19.

Wakil kepada pelakon itu Jill McCullough berkata Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom.

Isteri mendiang, Gabrielle Rogers mengesahkan bahawa Jack telah disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lalu.

https://www.instagram.com/p/B-YrwtKnyXS/

Sepanjang kariernya, mendiang Andrew Jack pernah membintangi beberapa siri dalam filem itu termasuk “Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi“, “Solo: A Star Wars Story” dan “Star Wars: Episode VII – The Force Awakens“.

Selain berlakon, Andrew Jack turut bekerja sebagai jurulatih dialek dan pernah tinggal di dalam rumah bot Thames. Antara pelakon yang yang pernah menjalani latihan dialek bersamanya ialah Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth.