Tonton Trailer Terbaharu Filem ‘Rambo: Last Blood’

Hampir empat dekad beraksi, Sylvester Stallone kembali lagi sebagai watak hero sepanjang zaman iaitu John Rambo. Ketahui lanjut untuk tonton trailer filem hebat ini.

Filem ini dikatakan bakal menjadi filem terakhir menampilkan beliau memegang watak itu selepas First Blood 1982, Rambo 1985: First Blood Part II, 1988 Rambo III dan Rambo 2008 sebagai veteran Perang Vietnam.

Tonton Trailer Rambo Last Blood 2019

Beliau yang galak mempromosikan filem tersebut di laman Instagram peribadinya memberitahu ianya bakal ditayangkan di pawagam pada 20 September ini.

BACA: 18 September Dipilih Sebagai Hari Rambo Sempena Filem ‘Rambo: Last Blood’

Sebelum itu, tonton dahulu video trailer ‘Rambo: Last Blood’ pada pautan di bawah.

Hampir empat dekad, John Rambo mewarnai industri perfileman dan pada 18 September 2019 Lionsgate bersama pemegang watak Rambo, Sylvester Stallone meraikan Hari Rambo sempena filem terakhir beliau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Rambo: Last Blood.

Hari Rambo disambut di beberapa lokasi terpilih di Amerika Syarikat, dengan mempromosi filem, mengadakan sebuah majlis dan acara istimewa. Siri Rambo adalah salah satu francais yang dianggap terbaik bagi kategori filem aksi.

Yang belum tengok 47 Metres Down: Uncage, apa kata jom imbas sikit pengalaman menonton filem 47 Meters Down.

47 Meters Down: Uncaged – Imbas Kembali

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.