
Tonton Trailer Terakhir ‘Line Walker 2: Invisible Spy’
Filem ini merupakan filem aksi penuh mendebarkan kesinambungan daripada filem pertama dan drama bersiri Line Walker arahan Jazz Boon.
Mengekalkan 3 eleman sebagai keutamaan- sentiasa berwaspada, undercover dan semangat brotherhood daripada dua orang polis ini. Misi mereka pada kali ini untuk menumpaskan organisasi yang menculik bayi dan kanak-kanak untuk melatih mereka menjadi ejen rahsia. Siapakah dalang disebalik organisasi tersebut?
Line Walker pada kali ini membawa penonton melihat adegan yang lebih gempak dan merbahaya yang mana filem ini membuat penggambaraan lebih meluas iaitu di Hong Kong, Myanmar dan Sepanyol.
Sempena tayangan filem ini, Lotus Five Star telah mengesahkan kedatangan pelakon utama Nick Cheung Ka Fai dan Louis Koo Tin Lok di Malaysia untuk mempromosikan filem pada 7 Ogos 2019 di Main Entrance Pavilion Kuala Lumpur pada 7.30 malam.
Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan filem ini ditayangkan di pawagam 8 Ogos 2019 ini.