A Quiet Place Part 2 Trailer

Tonton Trailer Terakhir ‘A Quiet Place Part II’ Yang Lebih Banyak Suspens Dan Mendebarkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kejayaan filem pertama A Quiet Place yang ditayangkan pada 2018 membuat penggemar filem ini tidak sabar menantikan sekuel keduanya.

Setelah setahun A Quiet Place Part 2 dilancarkan, Paramount Pictures telah mengeluarkan trailer terakhirnya yang menandakan bakal ditayangkan di pawagam pada tahun ini.

Terdahulu, Paramount Pictures membuat keputusan untuk menarik semula filem dari jadual yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Mac 2020 gara-gara pandemik yang menular di seluruh negara.

John Krasinski sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengarah dan penulis skrip. Katanya, sekuel pada kali ini akan membawa cerita ke peringkat lebih rumit.

A Quiet Place Part 2 Trailer

Jika filem pertama tentang cara manusia bertahan hidup dari ancaman, filem kedua ini menceritakan tentang seberapa jauh manusia akan pergi untuk bertahan hidup.

Trailer terakhir membawa mesej sebagai peringatan walaupun selamat mengharungi cabaran pada masa lalu, namun cabaran akan datang lebih mendebarkan dan tak terjangka.

Turut disertai pendatang baharu iaitu Cillian Murphy dan Djimon Hounsou. Mungkin saja filem terbaharu ini bakal memperlihatkan Evelyn dan karakter lain melakukan misi menyelamat dan kebenaran di sebalik makhluk yang berburu menggunakan pendengaran itu.

A Quiet Place Part 2 dijadualkan tayangan pada 10 Jun 2021, sebelum itu tonton dahulu trailernya di sini.