
Tonton Trailer Rasmi Versi Baharu Child’s Play
MGM dan Orion telah melancarkan sebuah trailer rasmi Child’s Play versi baharu, pembikinan semula filem seram klasik 80-an.
Pada versi klasik, Chucky iaitu anak patung mempunyai kecenderungan membunuh disebabkan pembunuh bersiri bernama Charlie Lee Ray. Dalam versi baharu, anak patung ini diubah suai dengan teknologi moden yang mungkin ketika pembuatannya menghadapi masalah.
Mempunyai anak patung yang boleh bergerak dan bercakap, menjadi mimpi ngeri kepada semua kanak-kanak apabila alat permainan itu hidup bertujuan memberi ancaman.
Kisah seram ini adalah mengenai anak patung berteknologi tinggi dari sebuah syarikat terkenal yang kononnya berfungsi boleh menjadi teman baik kepada tuannya, telah digodam sistemnya atas sebab tertentu oleh pekerja syarikat tersebut.
Anak patung tersebut atau lebih dikenali sebagai Chucky kemudiannya dijadikan hadiah kepada Andy oleh ibunya. Chucky menjadi sahabat kepada Andy, bersikap terlalu protective sehinggakan jika dia tidak boleh menjadi kawan Andy, tiada siapa yang boleh.
Oleh sebab sistem keselamatan pada anak patung itu telah dibuang, maka ia boleh menerima semua jenis pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung terhadap dirinya.
Penerimaan secara tidak langsung itulah membuatkan anak patung berteknologi tinggi ini mula belajar cara membunuh dan sebagainya.
Dari sini, penonton mendapat pengajaran bahawa keperibadian anak-anak terbentuk daripada apa yang mereka melihat. Anak patung yang menggunakan teknologi AI ini seolah-olah memberi amaran terhadap integrasi teknologi yang mana teknolgi canggih juga mendatangkan bahaya jika terlepas pandang atau tidak dikawal.
Kami tidak mahu membuat ulasan panjang tentang filem Child’s Play ini kerana kami rasakan ianya lebih baik jika kami hanya sekadar bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh hanya beberapa aspek dalam filem ini sahaja. Jangan risau, tiada spoiler yang akan dicampak dalam penulisan ini.
Bakal ‘menghantui’ hidup anda kembali di pawagam pada 21 Jun ini.
Kepada yang telah menonton filem Child’s Play, anda boleh membaca ulasan lanjut tentang filem seram ini di sini dan di sini.
Trending now



