The Invisible Man

Tonton Trailer Rasmi ‘The Invisible Man’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Universal International Pictures telah berkongsi trailer rasmi ‘The Invisible Man’ yang mana filem ini merupakan adaptasi filem klasik seram dengan nafas baharu.

The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia (Elisabeth Moss) menerima berita kematian bekas teman lelakinya yang kasar akibat membunuh diri. Selepas kejadian itu, Cecilia menjalani kehidupan seperti biasa namun tidak berpanjangan apabila dia merasakan sesuatu yang aneh berlaku disekeliling dan mula mengesyaki bahawa bekas teman lelakinya itu sebenarnya masih belum mati.

Apabila pihak polis tidak mempercayai kisahnya, dia bertindak untuk membuktikannya dengan cara sendiri.

Turut dibintangi oleh Storm Reid, Harriet Dyer, Aldis Hodge dan Oliver Jackson-Cohen yang memegan watak sebagai Invisible Man.

The Invisible Man

Diarahkan Leigh Wannell, pencipta francais Upgrade dan Insidous dengan kerjasama Blumhouse, filem ini akan berada di pawagam Malaysia pada 5 Mac 2020.

Saksikan trailer yang penuh debaran di sini.