
Tonton Trailer Rasmi ‘The Cave’, Inspirasi Dari Tragedi Gua Tham Luang
Masih ingatkah lagi misi mencabar yang dihadapi pasukan keselamatan untuk mengeluarkan 12 kanak-kanak berumur antara 11 hingga 16 tahun dan seorang jurulatih yang terperangkap selama lebih dua minggu dalam gelap dari Gua Tham Luang yang dinaiki air?
Misi itu akan diabadikan ke layar perak berjudul ‘The Cave’. Sebelum ini, The Cave ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Busan pada 3 Oktober lalu.
Bagi anda yang mengalami masalah klaustrofobia, anda mungkin akan merasa terganggu ketika menonton filem ini nanti. Filem ini akan memaparkan jalan cerita sebenar ketika operasi menyelamat untuk mengeluarkan 12 anggota pasukan bola sepak Wild Boar dan jurulatih mereka dari gua yang terletak di utara Thailand pada 2018.
Menariknya, filem ini turut disertai dengan empat penyelam yang pernah terlibat dalam operasi menyelamat ketika itu.
Filem penuh debaran ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Disember 2019. Tonton trailernya dahulu di sini.