Suatu Ketika

Tonton Trailer Rasmi ‘Suatu Ketika’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Golden Screen Cinema telah berkongsi trailer rasmi filem Suatu Ketika arahan Prakash Murugiah.

Suatu Ketika mengisahkan tentang impian sekumpulan kanak-kanak kampung dari Sekolah Ujong pasir yang ingin menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun untuk bersaing dalam kejohanan JG Davidson Cup demi menentang juara bertahan, Sekolah Inggeris St. James.

Trailer Suatu Ketika
Sumber: Astro Ulagam

Filem ini mengambil latar masa pada tahun 1952, Suatu Ketika adalah sebuah perjalanan mengenali diri, keberanian dan keyakinan 12 pemain bola sepak yang berusia 12 tahun. Walaupun ada yang mengalami masalah kesihatan, semangat jati diri dan cinta terhadap bola sepak tidak mematahkan semangat untuk bersaing bersama.

Suatu Ketika turut dibintangi oleh Namron dan Pekin Ibrahim. Tonton trailer rasmi Suatu Ketika yang bakal berada di pawagam seluruh Malaysia pada 12 September 2019.