
Tonton Trailer Rasmi ‘Sonic The HedgeHog’
Filem Sonic the Hedgehog merupakan antara salah satu filem yang paling dinanti untuk tahun hadapan terutamanya dalam kalangan mereka yang membesar dengan permainan videonya.
Selasa lalu, Paramount Picture dan Sega akhirnya mengeluarkan trailer rasmi filem animasi Sonic the Hedgehos menerusi laman Youtube rasmi mereka dengan penampilan rekaan watak Sonic yang baharu selepas penampilanawalnya Sonic dikritik teruk kerana dikatakan hampir sama seperti manusia.
Menampilkan watak Sonic yang hampir sama dengan rekaan di dalam permainan video, filem bergenre komedi penggambaran ini dijangka akan ditayangkan di pawagam Malaysia sekitar 14 Februari tahun hadapan.
Filem Sonic the Hedgehog mengisahkan mengenai Sonic, seekor landak biru antropomorfik luar biasa yang cuba mengelak daripada ditangkap oleh Dr Robotnik yang merancang untuk menguasai dunia.
Sonic kemudiannya berkhidmat dengan Tom Wachowski, bekas pegawai polis di San Francisco yang baru dilantik sebagai Syerif di Green Hills, Montana dalam misi mengalahkan Dr Robotnik.
Diarahkan oleh Jeff Fowler, skrip oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Orien Uziel, apa kata tonton dahulu trailer filem yang dibintangi oleh James Marden, Ben Schwartz, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough, Adam Pally dan Jim Carrey di pautan bawah.
Trivia terminator.
Trivia Terminator
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.