
Tonton Trailer Rasmi ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’
Benar ke istilah ‘kenderaan berat ikut kiri’ ini gelaran untuk mereka yang badan berisi?
Cineorama Sdn Bhd mempersembahkan sebuah filem romantik komedi, ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’ yang mengisahkan tentang percintaan penjual jentera berat, Adam (Syafie Naswip) dengan seorang gadis, Lisa (Sweet Qismina) menjadi bencana apabila mengetahui bahawa gadis itu merupakan anak ketua penjenayah pemerdagangan manusia yang sedang diburu pihak berkuasa.
Filem ini diarahkan Jefry Talib, turut dibintangi oleh Ropie (Uncle Don), Dottie (Dot), Kuna (ibu Adam) dan Sathiya (Uncle Rajah). Penampilan menarik dalam filem ini ialah seekor kucing, haiwan kesayangan Uncle Don iaitu bapa Lisa dan Eby Yus.
Berjayakah Adam menawan hati Lisa dan sindiket Uncle Don dapat ditumpaskan? Nantikan tayangan filem ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’ di pawagam pada 26 Mac ini!