
Tonton Trailer Rasmi Filem Perang Dunia Pertama ‘1917’
Bagi anda pencinta filem bertemakan perang, ini mungkin menjadi salah satu filem yang ditunggu-tunggu untuk pembukaan tahun baharu.
Universal Pictures dan Dreamworks telah melancarkan trailer rasmi filem perang epik berjudul 1917 garapan pengarah yang merupakan pemenang anugerah Oscar, Sam Mendes. Ini merupakan filem kedua Mendes yang bertemakan perang selepas Jarhead (2005).
Filem ini berlatarbelakangkan Perand Dunia Pertama mengisahkan dua orang perajurit Inggeris, Schofield (George MacKay) dan Blake (Charles Chapman) diberi tugasan untuk melaksanan satu misi mustahil. Mereka berdua perlu memasuki kawasan musuh demi menyampaikan mesej yang akan menghentikan serangan maut terhadap beribu askar.

Filem ini diinspirasi dari sebuah kisah yang diceritakan datuk Mendes, Alfred Mendes ketika zaman kanak-kanaknya tentang ‘penghantar utusan yang membawa mesej dalam perang’. Alfred Mendes pernah menulis kisahnya ketika bertugas sebagai askar dalam sebuah misi berbahaya.
Tonton dahulu trailer 1917 di sini sebelum ditayangkan di pawagam pada 16 Januari 2020.
Trending now



