
Tonton Trailer Rasmi Filem ‘F9: Fast & Furious 9’
Bakal berada di pawagam 21 Mei ini, filem Fast & Furious 9 merupakan siri yang paling dinanti oleh pengikutnya. Baca lanjut untuk tonton trailer filem ini.
BACA: Penerangan Babak ‘Post Credit’ Hobbs & Shaw
Bakal menampilkan bintang-bintang lama termasuklah adik kepada Dominic Toretto (Vin Diesel) iaitu Mia dan rakannya, Han.
Selepas kem4tian Paul Walker yang memegang watak Brian O’Conner, watak Mia (kekasih Brian) dilihat seperti tidak akan kempali selepas tidak ‘memunculkan’ diri pada filem kelapan, namun siri filem kesembilan ini mengubah segalanya.
Watak Han yang m4ti ketika siri Fast and Furious: Tokyo Drift juga kembali dalam siri ini seperti yang dijanjikan oleh penulis Fast Furious, Chris Mogan Ogos lalu.
BACA: Penulis ‘Fast & Furious’ Janjikan Keadilan Atas Kematian Han
Turut menampilkan John Cena, tonton trailer penuh di pautan bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut:
Lihat poster penuh warna warni watak-watak F9 di pautan bawah:
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1821222684677606?__xts__%5B0%5D=68.ARCWAiicTR2eoc9RWiEfKLezDTcLOMl0hVgsR6ghRZm8xL4ylMOXAVZ07B6rxuKcvCd23bQ1cIVHDuqUGmEYsCtY-ZawoV40xym_MfeOwXhfLG6Dvu2f2zyvfVBGhZfLfUmA5LXQ5sb5dwgTAzxolj6PeTU-j1IOUKFUxqFVaxnIDzurGUFBH2Habb51weXWN6dd5-tzcgRHPDmYIGIXJXvb56ofb69UK8j2VRrPszRQi3ajF8IRcyIzlxHyvaNJJcdKXOdn4aJtBm7_4nU38u62pkYNVRPO1zkP-V4-BFM-DZ4uuu8o4Aj28aJlIJdWT_33Kj6CxSu1L2m-1tRk1C4ukPd8&__tn__=-R
Sepanjang francais Fast & Furious, peminat filem ini pasti tidak melupakan kematian Han Lue, watak yang dilakonkan oleh Sung Kang. Watak Han diperkenalkan dalam filem ketiga The Fast And The Furious: Tokyo Drift. Deckard Shaw adalah orang yang bertanggungjawab atas kematian Han untuk membalas dendam bagi pihak Owen Shaw.
Kemunculan filem spin off Fast & Furious: Hobbs & Shaw mengangkat watak Shaw sebagai bukanlah seorang yang perlu dimusuhi. Penulis francais Fast & Furious, Chris Morgan menyatakan dalam satu wawancara bahawa akan membawa keadilan kepada watak Han.
Trending now



