Trailer Black Christmas

Tonton Trailer Rasmi ‘Black Christmas’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap agama dan budaya memiliki hari perayaan tersendiri dan selalunya sambutan perayaan diraikan dengan meriah dengan suasana yang gembira. Namun, disebalik kemeriahan sambutan perayaan, pasti ada juga mereka yang mengalami memori duka dan trauma seperti kisah daripada filem ini.

Susulan kejayaan membangkitkan filem Halloween tahun lalu, Blumhouse Productions dan Universal Pictures akan menayangkan sebuah filem remake bergenre seram, Black Christmas pada Disember tahun ini.

Black Christmas memaparkan kisah suasana kampus Hawthorne College yang sedang bersiap sedia untuk cuti Hari Natal. Namun kemeriahan Hari Natal bertukar tragedi apabila seorang demi seorang hilang dibunuh oleh seorang individu misteri.

Trailer Black Christmas

Bagaimanapun, pembunuh misteri itu mengalami kesukaran dengan generasi moden apabila mereka sanggup melawan menentangnya.

Filem ini dibintangi oleh Imogen Poots, Aleyse Shannon, Brittany O’Grady, Lily Donoghue dan Caleb Eberhardt.

Diarahkan oleh Sophia Takal dan skrip ditulis oleh April Wolfe, bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 Disember 2019.

Tonton trailer rasmi di sini.