
Tonton Trailer Rasmi ‘Birds Of Prey’, Lakonan Margot Robbie Sebagai Harley Quinn
Warner Bros. Pictures baru sahaja melancarkan trailer pertama untuk filem Birds of Prey. Merupakan filem spin off Suicide Squad yang mana ia mengetengahkan supervilian wanita, Harley Quinn lakonan berkarisma Margot Robbie.
Melalui trailer ini, kita dapat lihat transformasi Harley Quinn tanpa Joker mengetuai kumpulan anti-hero yang diberi nama Birds of Prey. Turut menampilkan Ewan McGregor sebagai Black Mask, penjahat utama – berdasarkan komik, watak ini membunuh ibu bapanya untuk mengawal perniagaan keluarga, yang kemudiannya tidak sengaja dimusnahkan, sebelum menimbulkan kekecohan atas kesilapannya sendiri.
Jadi, pasukan Birds of Prey ini bertanggungjawab melindungi Cassandra Cain/ Batgirl (Ella Jay Basco) dari genggaman Black Mask.
Filem ini turut dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead yang akan membawakan watak Huntress, Jurnee Smollet-Bell sebagai Black Canary serta Rosie Perez sebagai Renee Montoya.
Saksikan trailer pertama Birds of Prey ini sebelum ditayangkan pada 7 Februari 2020.