
Tonton Trailer Rasmi Akhir ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’
United International Pictures Malaysia telah berkongsi trailer terakhir untuk filem ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw. Pastinya peminat siri Fast & Furious tidak sabar untuk menonton filem ini.
Untuk siri spin off kali ini, ianya bakal dibintangi oleh pelakon popular, Dwayne Johnson sebagai Hobbs selepas beliau memilih untuk tidak lagi bersama Vin Diesel, berganding bersama Jason Statham sebagai Shaw.
Filem ini diarahkan oleh David Leitch, pengarah ‘Deadpool 2’ dan trailer pada kali ini dapat anda lihat segala aksi duo hero ikonik ini. Tonton trailer terakhir ini yang bakal menemui anda di pawagam Malaysia pada 2 Ogos 2019 ini.
Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana ‘Hobbs & Shaw’ di GSC MidValley, 31 Julai 2019 ini? Nyatakan minat anda dengan mengisi borang di bawah.