Tonton Trailer Pertama Misteri Pengembaraan Dora Dalam ‘Dora And The Lost City Of Gold’

Tonton Trailer Pertama Misteri Pengembaraan Dora Dalam ‘Dora And The Lost City Of Gold’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tonton trailer pertama misteri pengembaraan siri Dora The Explore

Siri penggembaraan Dora The Explorer memang cukup dekat dengan jiwa kanak-kanak tahun 90-an. Mana tidaknya, siri kartun Nickelodeon ini sering ditayangkan pada pagi setiap hujung minggu.

BACA: Ulasan Filem: ‘Dora And The Lost City Of Gold’

Dengan menggunakan cara berinteraksi dengan penonton kanak-kanak, siri kartun pengembaraan bersama Dora, seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek bersama monyetnya tersenarai dalam salah satu cerita kartun yang menjadi memori terindah kanak-kanak generasi Y.

Mengambil inisiatif tersebut, Paramount Pictures bakal menyiarkan siri pengembaraan Dora dalam bentuk filem dan dunia sebenar (bukan kartun atau animasi) pada 2 Ogos ini.

Tonton Trailer Pertama Misteri Pengembaraan Dora Dalam 'Dora And The Lost City Of Gold'

Dengan misi menyelamatkan ibu bapanya dan membongkar rahsia di sebalik kehilangan bandar emas, anda boleh tonton trailer pertama rasmi dari Paramount Pictures seperti di bawah:

Pastinya dewan tayangan filem Dora and The Lost City of Gold ini akan dipenuhi dengan kanak-kanak generasi Y yang ingin menggamit kembali memori zaman kecil mereka, bukan?

Terkini, Paramount Studios telah melancarkan trailer baharu filem adaptasi daripada rancangan televisyen popular kanak-kanak, ‘Dora The Explorer’ yang berjudul Dora And The Lost City Of Gold.

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Dora yang berpindah ke bandar untuk merasai pengalaman dan menempuh alam persekolahan selepas mengembara bersama ibu bapanya.

Dalam trailer ini, anda dapat lihat Dora dan rakan-rakannya yang telah diculik sekumpulan organisasi rahsia dalam misi menyelamatkan keluarganya dan dalam masa yang sama menyelesaikan misteri ‘Kota Emas’. Watak Boots dan Swipers turut ada dalam trailer ini.