Murder Mystery

Tonton Trailer ‘Murder Mystery’ Gabungan Lakonan Adam Sandler Dan Jennifer Aniston

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak asing lagi hidangan pedas menjadi salah satu hidangan wajib ketika makan. Sehinggakan apabila menjamu mi sizzling atau char kuey tiaw pun siap minta sepiring cili potong kerana tidak cukup pedas. Ada juga segelintir orang yang sangat suka dengan hidangan pedas sehinggakan digelar “lidah rosak” kerana terlalu kerap makan makanan pedas.

Lain pula bagi Restoran Salt & Pepper yang terletak di Bangi, Selangor ini, mereka menghidangkan satu menu burger paling pedas di Malaysia bagi pencinta makanan pedas yang dikenali sebagai “Explosive Inner Core”. Dengar namanya sahaja sudah tentu rasa ‘kepedasannya’ bukan?

Burger istimewa ini bukanlah menggunakan bahan biasa untuk menaikkan rasa pedasnya dengan menggunakan selonggok cili api tetapi menggunakan cili yang paling pedas di dunia iaitu jenis Carolina Reaper dan Bhut Jolokia. Kedua-dua bahan ini dalam bentuk serbuk dan ditabur ketika kepingan daging burger ini dimasak.

 

Para pelanggan yang teringin mencuba menu ini perlulah mengisi borang yang disediakan oleh pihak Salt & Pepper bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kepada pelanggannya. Para pelanggan juga dinasihatkan supaya memakai sarung tangan ketika menikmati burger ini untuk mengelakkan daripada kulit melecur.

Pihak Salt & Pepper juga mengadakan challenge bagi sesiapa yang boleh menghabiskan burger ini dalam masa kurang darpada 1 minit, pelanggan tersebut akan menerima baucar sebanyak RM50 untuk makan di restoran ini. Kepada sesiapa yang tidak mahu mengambil challenge ini pun boleh. Menu Western yang lain pun turut disediakan bagi yang tidak suka makan makanan pedas.

Jadi kepada sesiapa yang teringin mencabar dirinya untuk makan “Burger Paling Pedas di Malaysia”, bolehlah singgah di Salt & Pepper untuk try burger ini. Konfem insaf tak makan pedas seminggu selepas makan burger ini.

Salt & Pepper
Lokasi: no. 46A, Jalan 3/70, Seksyen3, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi: 11.00 AM – 12.00 AM (Isnin cuti)

No. Telefon: 03-89208432 / 012-2494492 (Untuk tempahan)

Featured Image Credit: Salt & Pepper FB