Trailer Candyman Filem Seram Klasik

Tonton Trailer Filem Seram ‘Candyman’ Yang Lebih Banyak Kejutan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Candyman, sebuah filem seram klasik yang diterbitkan pada 1992 kini kembali dengan nafas baharu oleh MGM dan Universal Pictures.

Diarahkan Nia Dacosta (Litte Woods) dan skrip ditulis oleh Jordan Peele dan Win Rosenfeld, mengisahkan tentang huru-hara kawasan kejiranan yang terletak di Chicago yang mana legenda itu bermula.

Bagi peminat filem seram, pasti sudah mengetahui kisah Candyman ini tetapi sekuel kali ini memberikan lebih banyak kejutan dan plot yang mendebarkan kepada penonton.

Menurut legenda, jika seseorang itu melihat hadapan cermin dan menyebetu nama ‘Candyman’ sebanyak lima kali, hantu itu akan muncul dari belakang dan membunuh dengan cangkuk di tangannya.

Trailer Candyman Filem Seram Klasik

Candyman ialah hantu dengan susuk tubuh yang berlumuran darah dengan dihinggapi lebah dan membunuh mereka yang memanggilnya tanpa belas ehsan.

Kisah disebalik Candyman, dia adalah seorang pelukis berbakat. Suatu hari, dia diminta untuk melukis anak perempuan pemilik kebun di New Orleans. Mereka berdua jatuh cinta dan hal itu diketahui pemilik kebun tersebut.

Pemilik kebun itu marah lalu mengejar pelukis tersebut sehingga membunuhnya. Pelukis itu dipotong sebelah tangan, kemudian ditutupi tubuhnya dengan madu dan dilemparkan ke dalam sarang lebah.

Sebelum mati, pelukis tersebut sempat bersumpah akan membalas dendam. Selepas peristiwa itu, diceritakan sesiapa yang menyebut nama Candyman sebanyak lima kali, akan menemui ajal.

Candyman bakal menemui penonton pada 18 Jun 2020, tonton trailernya di sini dahulu.