Tonton Trailer Filem ‘Last Christmas’ Gandingan Romantis Emilia Clarke dan Henry Golding

Filem Universal Pictures ‘Last Christmas’ merupakan sebuah filem arahan Paul Feig yang menggandingkan barisan pelakon berbakat seperti Emilia Clarke (Game of Thrones), Henry Golding (Crazy Rich Asians) dan Michelle Yeoh (Crazy Rich Asians).

Bakal hadir di pawangan November ini, secara umumnya filem ini mengisahkan tentang seorang wanita, Kate yang sentiasa tidak bernasib baik diterima berkerja sebagai elf di sebuah gedung beli belah.

Filem Last Christmas 3

Hidup Kate berubah apabila bertemu dengan Tom. Pelbagai sisi ‘tidak bertuah’ Kate disaksikan oleh Tom yang akhirnya membenihkan rasa cinta antara keduanya.

Filem Last Christmas 2

Diinspirasikan daripada lagu Last Christmas oleh George Michael pada tahun 1984, filem ini mengangkat tema cinta yang tidak terbalas dan tak akan hilang.

Sebelum itu, tonton dahulu trailer filem romantik komedi ‘Last Christmas’ di pautan bawah.

 

 

Babak-babak yang tak pernah dilupakan dalam filem P.Ramlee.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.