
Tonton Trailer Filem Fantasi Muzikal ‘Cats’
Akan datang Krimas ini, filem fantasi muzikal ‘Cats’ merupakan arahan kedua Tom Hooper selepas ‘Les Miserables’ (2012) yang didasarkan daripada muzikal Cats pada 11 Mei 1981.
Muzikal ini juga diambil daripada buku kumpulan puisi oleh T.S Eliot, ‘Old Possum’s Book of Practical Cats’ (1939).
Teater muzikal ‘Cats’ mencatat sejarah sebagai rancangan paling lama di West End dan Broadway dengan tempoh tayangan selama 21 tahun serta berjaya merangkul Anugerah Muzikal Terbaik di Olivier dan Evening Standard Award.
Secara umumnya, filem ‘Cats’ ini berkisarkan mengenai suku kucing Jellicles membuat pilihan yang dikenali sebagai ‘pilihan Jellicle’ bagi menentukan kucing yang layak untuk naik ke Heaviside Layer dan kembali ke kehidupan baharu.
Menampilkan lakonan mantap ‘kucing-kucing’ seperti James Corden, Judi Dench, Jason Derulo, Idris Elba, Jennifer Hudson, Ian McKellen, Taylor Swift dan Rebel Wilson, pastinya anda terhibur dengan gelagat lucu ‘kucing jadian ‘ini.
Sementara menanti tayangan sebenar pada 20 Disember ini, anda bolehlah menonton trailer filem ‘Cats’ di pautan bawah.
Untuk makluman lanjut mengenai filem ini bolehlah lawati laman Facebook Cats the Movie di SINI.