The Secret Life Of Pets

Tonton Trailer Dan Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem Animasi ‘The Secret Life Of Pets 2’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

The Secret Life Of Pets 2 merupakan filem lanjutan daripada kisah Max dan rakan-rakannya semasa The Secret Life Of Pet. Max berubah apabila pemiliknya, Katie berkahwin dan mempunyai seorang anak bernama Liam sehingga menjadikan Max terlebih overprotective.

The Secret Life Of Pets

Dalam perjalanan percutian ke luar bandar, Max bertemu dengan seekor anjing ladang bernama Rooster. Gidget pula cuba menyelamatkan patung mainan kesayangan Max di apartmen yang dipenuhi dengan kucing, Manakala Snowball pula sibuk dengan misinya untuk membebaskan seekor harimau putih, Hu daripada sarkas.

Sebelum menonton filem penuh di pawagam pada 30 Mei ini, apa kata tonton dahulu trailer filem ini pada pautan di bawah:

Anda juga boleh menonton sneak previews filem ini dari 24 hingga 26 Mei dan jangan lupa untuk sertakan sekali tanda pagar #TheSecretLifeofPetsMY sekiranya anda melakukan hantaran di media sosial.

Oh ya, jom menangi tiket ke tayangan perdana The Secret Life Of Pets 2 ini di TGV 1 Utama! Anda hanya perlu isikan borang penyertaan di bawah. Selamat mencuba!

 

Susah juga belakang tabir permainan video ini.

BALIK TABIR : Permainan Video

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.