
Tonton Trailer ’47 Meters Down: Uncage’ Yang Penuh Dengan Debaran
Jika filem Crawl ada pemangsa jenis buaya, ’47 Meters Down: Uncage’ pula menampilkan pemangsa spesis jerung berbahaya. Ketahui lanjut dengan tonton trailer di bawah.
Sebuah lagi filem mengenai pertarungan manusia dan haiwan atau secara spesifiknya lagi pertarungan manusia dengan ikan jerung sebagai ancaman utama. Filem ini merupakan sebuah filem sekuel ’47 Meters Down’ yang ditayangkan pada 2017, tetapi tiada kena mengena dengan kisah sebelum ini.
Filem bergenre survival seram ini merupakan sekuel kepada filem ’47 Meters Down’ yang ditayangkan pada tahun 2017 yang diarahkan oleh Johannes Roberts dan dilakonkan oleh Sophie Nelisse, Corinne Foxx, Brianne Tju dan Sistine Stallone.
Jika sebelum ini ia berkaitan manusia terperangkap dalam sebuah sangkar besi dan cuba untuk menyelamatkan diri daripada dimakan jerung, sekuel kali ini mengisahkan empat orang remaja perempuan pergi menyelam di sebuah kawasan terpencil.
Mengisahkan tentang empat orang remaja yang menyelam di kawasan bawah laut sehingga menemui kota Mayan yang tenggelam sehingga tanpa sedar mereka telah memasuki kawasan tempat tinggal spesis jerung tersebut.
BACA: Ulasan Filem: ’47 Meters Down: Uncaged’
Sudah ada di pawagam berdekatan, apa kata sebelum menonton filem ini, anda tonton trailer filem ini seperti di pautan bawah:
Jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda sekarang! Rugi kalau terlepas.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1m4DvoHgme/