
Tonton Trailer Epik ‘ABOMINABLE’
Jarang kita dipertontonkan tentang kisah khayalan berlatarbelakangkan budaya Asia, selalunya kita dihidangkan dengan kisah khayalan dari Eropah.
United International Pictures telah melancarkan sebuah filem animasi berjudul ABOMINABLE. Filem ini turut dikenali sebagai Everest: The Little Snowman mengisahkan tentang seorang remaja China, Yi yang membantu makhluk mitos dikenali sebagai Yeti untuk kembali ke pangkuan keluarganya di Gunung Everest.
Yi disuarakan oleh Chloe Bennet mendapati seekor mahkluk mitos Yeti berada di atas bumbung blok rumahnya di Shanghai. Yi dan rakannya, Jin (Tenzing Norgay Trainor) serta Peng (Albert Tsai) membantu makhluk itu pulang ke kampung halamannya di pergunungan Everest.
Walau bagaimanapun, pengembaraan mereka tidak begitu mudah kerana perlu mengelak daripada buruan ahli zoologi, Dr Zara (Sarah Paulson) dan seorang lelaki kaya yang mahukan Yeti.
Sebelum mengikut pengembaraan penuh magis Yi dan rakan-rakan bersama mahkluk Yeti pada 7 November ini, tonton dahulu trailernya di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=zogtWl2uodQ