
Tonton Trailer Drama Seram ‘In The Tall Grass’ Adaptasi Novel Stephen King Dan Joe Hill
‘In The Tall Grass’ merupakan drama seram Kanada yang ditulis dan diarahkan oleh Vincenzo Natali yang diadaptasi daripada novel In The Tall Grass tulisan Stephen King dan anaknya Joe Hill pada tahun 2012.
Dijangka bakal ditayangkan di Netflix 4 Oktober ini, filem ini mengisahkan mengenai sepasang adik beradik yang memberanikan diri masuk ke kawasan padang rumput tebal dan tinggi di Kansas apabila mendengar jeritan bantuan daripada seorang budak lelaki.
Mereka kemudiannya menyedari bahawa tiada jalan keluar dari kawasan tersebut dan mengalami beberapa peristiwa ngeri dan menyeramkan.
Dibarisi oleh barisan pelakon seperti Patrick Wilson, Laysla De Oliveira, Harrison Gilbertson, Avery Whitted, Rachel Wilson dan Will Bule Jr., tonton dahulu trailer filem seram ini di pautan bawah:
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VL_q3nYBG/