Trailer Dolittle

Tonton Trailer Dolittle Lakonan Robert Downey Jr.

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Umum sedia maklum, Robert Downey Jr. sudah terkenal dengan karakter Iron Man, filem aidiwira dari Marvel Studios. Jika anda belum pernah melihat Robert Downey Jr. membawa watak selain adiwira, inilah peluangnya menerusi filem Dolittle.

Dolittle, filem terbitan Universal Pictures mengisahkan tentang seorang doktor iaitu Dr.Dolittle yang mampu berkomunikasi dengan haiwan. Dr.Dolittle mengembara bersama haiwan-haiwan ke sebuah pulau mitos demi mencari penawar untuk Ratu England.

Filem bergenre pengembaraan fantasi ini merupakan versi baharu dari filem Dr. Dolittle (1998) yang dibintangi oleh Eddi Murphy yang diadaptasi dari karya ‘The Voyages of Doctor Little’ yang ditulis oleh Hugh Lofting.

Trailer Dolittle

Turut membintangi filem ini yang melakon suara terdiri daripada John Cena, Marion Cotillard, Carmen Ejogo, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Tom Holland, Rami Malek, Kumail Nanjiani, Craig Robinson, Octavia Spencer, Emma Thompson dan Frances de la Tour.

Tonton trailer Dolittle dahulu sementara menantinya di pawagam pada 23 Januari 2020 ini.