
Tonton Trailer Baharu Top Gun: Maverick
Paramount Pictures baru sahaja melancarkan trailer terkini filem sekuel Top Gun iaitu Top Gun: Maverick yang dibintangi pelakon sensasi Tom Cruise.
Sekuel kali ini berlatarbelakangkan zaman yang mana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang. Tom Cruise yang membawakan kembali watak Juruterbang Tentera Laut US, Pete ‘Maverick’ Mitchell telah menjadi pengajar. Maverick melatih juruterbang muda untuk misi baharu dan mengambil Bradley Bradshaw (Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick ‘Goose’ Bradshaw, sebagai anak muridnya.
Bersama bintang-bintang baharu iaitu Jon Hamm, Glen Powell dan Manny Jacinto, dan Jennifer Connelly, filem ini diarahkan oleh Joseph Kosinki bakal menemui penonton pada Jun 2020.
Tonton aksi Tom Cruise mengendalikan jet pejuang di sini: