
Tonton Trailer Baharu ‘Men In Black: International’
Jika tayangan Avengers: Endgame meninggalkan kesan mendalam lakonan mantap dua Asgardians, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson, anda bertuah kerana mereka akan bergabung dalam siri baharu Men In Black (MIB): International.
Dalam filem ini, mereka menjadi ejen baharu berpangkalan di London dan seperti biasa mereka perlu mempertahankan bumi daripada gangguan makhluk asing dengan menggunakan gadjet canggih.
Dalam pengembaraan baharu ini, dua ejen ini iaitu ejen H dan ejen M akan menghadapi ancaman terbesar yang belum pernah dihadapi dalam organisasi MIB. MIB: International akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada Jun 2019.
“Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan. Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran.”
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
Jangan luba subcribe Youtube Odisi.