Dora And The Lost City of Gold

Tonton Trailer Baharu ‘Dora And The Lost City Of Gold’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Paramount Studios telah melancarkan trailer baharu filem adaptasi daripada rancangan televisyen popular kanak-kanak, ‘Dora The Explorer’ yang berjudul Dora And The Lost City Of Gold.

Dora And The Lost City of Gold

Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Dora yang berpindah ke bandar untuk merasai pengalaman dan menempuh alam persekolahan selepas mengembara bersama ibu bapanya.

Dalam trailer ini, anda dapat lihat Dora dan rakan-rakannya yang telah diculik sekumpulan organisasi rahsia dalam misi menyelamatkan keluarganya dan dalam masa yang sama menyelesaikan misteri ‘Kota Emas’. Watak Boots dan Swipers turut ada dalam trailer ini.

Dora And The Lost City Of Gold akan mula ditayangkan pada 9 Ogos 2019. Tonton dahulu trailernya di sini.