Tonton Trailer Akhir Black Widow Yang Penuh Epik

Trailer Akhir Black Widow

Semakin menghampiri tarikh tayangan filem Marvel yang satu ini, Marvel Entertainment telah melancarkan trailer terakhir siri solo ahli Avengers wanita, Black Widow.

Pastinya ramai ternanti-nanti dengan kisah perjalanan ejen wanita berambut merah ini. Menerusi trailer terbaharu ini, lebih memfokuskan dua perkara tentang Natasha Romanoff iaitu tentang kisah silamnya di Red Room dan kehidupan bersama keluarganya.

Trailer Akhir Black Widow

Kita dapat lihat pelbagai aksi ditonjolkan sesuai dengan ciri-ciri seorang ejen prisik dan sisi yang lebih mendalam tentang Black Widow.

Plot filem buat masa ini masih lagi tidak diketahui, tetapi khabar angin mengatakan filem ini ditetapkan peristiwa selepas Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War.

Black Widow bakal menemui penonton pada 1 Mei 2020. Tonton trailer terakhir di sini dahulu.