
Tonton Solekan Pengantin Konsep ‘Bride Ghost’ Daripada MUA 1 Bintang Ini
Tonton solekan pengantin konsep bride ghost daripada MUA 1 bintang ini.
Scam MUA (Make-Up Artist) merupakan salah satu jenis scam yang semakin popular pada zaman kini. Dengan keinginan wanita untuk tampil cantik bergaya ke sesuatu majlis, khidmat MUA ini semakin diperlukan dalam masyarakat.
BACA: Lihat Transformasi Wajah Jurusolek Ini Menjadi Anak Perempuan Kylie Jenner
Namun, tidak semua MUA itu benar-benar berbakat. Ada juga yang hanya bersandarkan kepada beberapa kali tontonan tutorial di YouTube tetapi sudah berani mengambil pelanggan.

Akhirnya terjadilah peristiwa ‘solek asal ada’ yang caca marba dan lari daripada konsep yang diinginkan.
Seorang Youtuber dari Dubai, Diva Dee melakukan eksperimen dengan mengambil servis yang ditawarkan oleh MUA yang paling teruk menerima maklum balas daripada para pelanggan.
Jom tonton solekan dalam video di pautan bawah:
Ada juga penonton yang mencadangkan solekan tersebut sesuai untuk individu yang dipaksa berkahwin dengan pasangan yang dipilih ibu bapa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ianya seolah solekan mahu ke majlis Hallowen sekiranya mahu tampil dengan konsep ‘bride ghost’.
Pengajarannya, sebelum menempah seseorang MUA untuk menata rias muka di hari bahagia anda, apa kata teliti dahulu hasil kerja mereka pada pelanggan-pelanggan yang terdahulu. Nanti bila sudah jadi begini, memang menyesal tak mahu kahwin!
Trending now



