Tonton Lakonan Robert Pattison Sebagai Batman Dalam ‘Batsuit’ Baharu Dalam Filem ‘The Batman’ 1

Tonton Robert Pattison Sebagai Batman Dengan ‘Batsuit’ Baharu Dalam Trailer Pertama ‘The Batman’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tonton lakonan RObert Pattison sebagai Batman dalam trailer pertama The Batman.

Filem lakonan Robert Pattison, The Batman merupakan salah satu daripada filem keluaran DC yang paling dinanti oleh peminat.

BACA: Senarai Pelakon Yang Pernah Memegang Watak Batman

Namun akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda, pada Mac 2020, pengarah, Matt Reeves membuat pengumuman bahawa penggambaran filem ini terpaksa dihentikan sementara sehinggalah satu waktu yang sesuai.

Jun lalu, The Guardian melaporkan produksi filem The Batman akan meneruskan semula penggambaran selepas mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan dengan pematuhan kepada standard operasi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, British Film Commission dan British Film Institute.

Tonton Lakonan Robert Pattison Sebagai Batman Dalam ‘Batsuit’ Baharu Dalam Filem ‘The Batman’ 2

Dijadualkan untuk ditayangkan pada 25 Jun 2021, filem The Batman menyaksikan Robert Pattinson memegang watak sebagai Batman, manakala Colin Farrell sebagai Penguin (Oswald Cobblepot) dan John Turturro sebagai Carmine Falcone.

BACA: Johnny Depp Dikatakan Bakal Bawa Watak Joker Dalam Filem ‘The Batman

Mac lalu, ura-ura mengatakan pelakon yang terkenal dengan watak Jack Sparrow, Johnny Deep merupakan salah seorang calon utama yang bakal membawa watak Joker dalam filem ini.

Dalam krisis perbicaraan mahkamah mengenai perpisahannya dengan Amber Heard, pada ketika itu  Depp ‘diperhatikan’ peminat sebagai calon paling ideal membawakan watak Joker yang jauh lebih ‘matang’ sesuai dengan umurnya, 57 tahun.

Mendapat reaksi positif daripada orang ramai, rata-rata daripada mereka berpendapat watak Joker yang dibawa Depp akan menjadi lagenda selepas daripada melihat kejayaan watak Jack Sparrow.

Tonton lakonan Robert Pattinson sebagai Batman dalam filem The Batman bersama batsuit baharunya.