
Tonton Proses Bagaimana Bangunan 10 Tingkat Ini Dibina Hanya Dalam 28 Jam Sahaja
Tonton bagaimana bangunan 10 tingkat ini siap dibina dalam masa 28 jam sahaja.
Selepas berjaya membina Hotel Ark setinggi 15 tingkat dalam masa 46.5 jam sahaja, sebuah syarikat pembuatan China, Broad Group kali ini kembali melakukan hal yang sama.
Yang terbaharu, Broad Group membangunkan sebuah bangunan pangsapuri 10 tingkat hanya dalam 28 jam 45 minit sahaja.
Menurut Broad Group, berat bangunan ini 10 kali lebih ringan dan 100 kali lebih kukuh berbanding biasa serta lebih mampu bertahan dalam ribut atau pun gempa bumi yang kuat.
Menggunakan bahan berkualiti terbaik dalam pembangunannya dengan kos yang rendah, ianya juga dikatakan menggunakan tenaga terendah tetapi dengan kualiti udara dalaman terbaik.
Biarpun kos yang digunakan dalam membangunkannya adalah jauh lebih rendah daripada biasa, tetapi ianya didakwa memiliki hayat perkhidmatan yang terpanjang.
Tonton bagaimana bangunan 10 tingkat ini siap dibina hanya dalam masa 28 jam sahaja di pautan video di bawah:
Sebelum ini di China, hospital pertama pesakit wabak COVID-19 siap dibina dalam tempoh asa 48 jam hasil usaha pelbagai pihak yang melibatkan lebih 500 orang pekerja seperti firma pembinaan, syarikat utilit dan pegawai polis paramiliter serta berdozen jentera berat yang bekerja setiap hari.
Hospital pertama yang pada awalnya dijangka siap pada 3 Februari 2020 telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 29 Januari 2020.
Dibina di sebuah bandar berhampiran Wuhan, hospital ini telah menempatkan kumpulan pertama pesakit koronavirus sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan.
Pada asalnya, bangunan hospital ini dibina sebagai cawangan baharu kepada Hospital Pusat Huanggang dan dijangka buka pada bulan Mei. Namun, akibat penularan wabak ini pihak berkuasa mengarahkan agar bangunan tersebut digunakan untuk merawat pesakit koronavirus sahaja.
Baca lanjut di: Hospital Pertama Pesakit Koronavirus Sudah Siap Dibina, Mula Operasi Hari Ini