
Tonton ‘Penderitaan’ Joaquin Phoenix Demi Kesempurnaan Watak Joker
Sudah mula ditayangkan di pawagam 4 Oktober lalu, filem Joker mencatatkan kutipan luar biasa pada minggu pertama tayangan iaitu USD93 juta (+-RM389 juta) dan berjaya mengalahkan Venom dengan perbezaan sekitar USD13 juta (+-RM54 juta).
#Joker has the last laugh with record $93.5 million U.S. bow and $234 million opening globally https://t.co/d3DKMB6xKu pic.twitter.com/wXbtgZoahT
— THR International (@THRGlobal) October 7, 2019
Turut mencatatkan kutipan tertinggi untuk filem yang ditayangkan pada bulan Oktober, Joker mencetus fenomenanya yang tersendiri kerana tema dark yang dibawa berjaya sampai dan meresap ke dalam jiwa penonton.
BACA: Filem ‘Joker’ Papar Bahana Stigma Masyarakat Pada ‘Mental Illness’
Membawa watak yang menghidap penyakit depresi atau kemurungan, Joaquin Pheonix akui ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak yang beliau perlu lalui antaranya menukar fizikal asalnya kepada fizikal Arthur Fleck agar bersesuaian dengan karakter Joker yang menderita.
Demi menjayakan serta memastikan watak yang dibawanya sempurna tanpa cela, Joaquin perlu menurunkan berat badannya sehingga 23kg sehinggakan beliau menjadi obses dengannya.
Nak tahu bagaimana susah dan deritanya Joaquin Phoenix dalam menjayakan watak Arthur Fleck dalam filem Joker? Tonton video di pautan bawah:
https://www.facebook.com/LADbible/videos/2522621507960640/
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VnssnlMzx/