
Tonton Misi Mencari Harta Karun Penuh Cabaran Dalam ‘Finding Ohana’
Sudah ditayangkan di Netflix 29 Januari lalu, filem Netflix dengan tema pencarian harta karun iaitu Finding Ohana adalah sebuah filem yang menarik untuk ditonton.
BACA: Ramai Yang Tertipu, Kisah Sedih Di Sebalik Animasi Doraemon Sebenarnya Hoax?
Mengisahkan mengenai Poc (lakonan Kea Peahu) bersama abangnya, Ioane (lakonan Alex Aiono) dan ibunya yang tinggal di Brooklyn pulang ke kampung halaman mereka bagi melawat atuk mereka, Papa (lakonan Branscombe Richmond) yang terkena serangan jantung.
Di sana, Poc yang menggemari aktiviti pencarian telah terjumpa satu jurnal lama yang menceritakan mengenai lokasi simpanan harta karun yang diwarisi daripada moyangnya. Bermula daripada rasa ingin tahu, Poc membawa rakan yang baru dikenalinya, Casper meneruskan misi pencarian dengan berpandukan pada jurnal tersebut.
Sesuai dengan tajuknya Finding Ohana, Ohana yang membawa makna ‘keluarga’ bukan sekadar menceritakan perjalanan pencarian harta karun semata tetapi juga memberatkan tema keluarga dan juga mitos serta lagenda yang dipercayai oleh masyarakat Hawaii dalam rakaman yang sangat menarik.
Merupakan tontonan menarik untuk ditonton seisi keluarga, tonton dahulu trailer Finding Ohana di pautan bawah:
Jika anda minat genre sebegini, anda boleh juga tonton Dora and the Lost City of Gold.
Siri animasi Dora The Explorer yang ditayangkan bermula pada tahun 2000 mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Di Malaysia, siri Nickelodeon ini pada asalnya menggunakan Bahasa Sepanyol telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dibawa ke panggung realiti, filem ‘Dora And The Lost City Of Gold’ secara umumnya berkisarkan mengenai pengembaraan Dora yang berada dalam misi mahu menyelamatkan kedua ibu bapanya dan membongkar rahsia di sebalik misteri kehilangan bandar emas, Parapatha.