Emilia Clarke Belajar Bahasa Melayu Last Christmas

Tonton Henry Golding Jadi ‘Guru’ Bahasa Melayu Emilia Clarke

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Last Cristmas merupakan sebuah filem romantik komedi arahan Paul Feig yang membawa gandingan hebat pelakon Emilia Clarke (Game of Thrones) dan Henry Golding (Crazy Rich Asians).

BACA: Tonton Trailer Filem ‘Last Christmas’ Gandingan Romantis Emilia Clarke dan Henry Golding

Umum sedia maklum, Henry Golding merupakan anak kacukan Iban dan Inggeris jadi sudah tentulah beliau fasih berbahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

Filem Last Christmas

Baru-baru ini, dalam mempromosikan filem terbaharu beliau di radio Fly FM, Henry Golding telah menjadi guru mengajar bahasa Melayu Emilia Clarke.

Tonton usaha mereka menjadi ‘pengajar’ dan ‘pelajar’ dalam pautan video di bawah:

Melihat daripada trailer filem Last Christmas, ramai yang akan perasan ada beberapa kawasan yang jarang dipopularkan sebagai lokasi pelancongan di London, dan mengambil peluang ini Feig akan membawa anda semua ke ‘lokasi tersembunyi’ tersebut seperti Fat Man’s Squeeze, Philpot Lane, dan Lombard Street.

Diinspirasikan daripada lagu Last Christmas oleh George Micheal pada tahun 1984, tahukah anda filem ini merupakan tribute kepada lagu-lagu beliau.

Mengambil peluang sebagai pelakon utama filem tersebut, tahukah anda nyanyian lagu Last Christmas di dalam filem ini dinyanyikan sendiri oleh Emilia Clarke?

Nak tahu sebagus mana vokal Emilia, anda boleh tonton dalam pautan video di bawah:

Bakal ditayangkan di pawagam berdekatan anda 28 November ini, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini dalam pautan di bawah.

Trivia terminator.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.