Gelagat Anak Kambing Teruja Dipakaikan Baju Tidur Bakal Buat Anda Tersenyum 2

Tonton Gelagat Anak Kambing Teruja Dipakaikan Baju Tidur Untuk ‘Pajama Party’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular di media sosial beberapa hari lalu satu klip video yang memaparkan gelagat anak-anak kambing yang lincah bergerak ke sana ke sini dalam pakaian baju tidur berwarna warni.

BACA: Tak Henti Ucap Terima Kasih, Tonton Gelagat Comel Dua Beradik Bila Terima Hadiah Daripada ‘Angah’

Gelagat yang mampu membuatkan penonton terhibur ini sudah pun dikongsikan lebih 4,800 kali dengan bilangan tanda suka menghampiri 10,000.

https://twitter.com/buitengebieden_/status/1297113038844297216

Tahukah anda, sebenarnya pemakaian baju tidur kepada anak-anak kambing ini merupakan salah satu tradisi di sebuah ladang iaitu Farm Creamery di Cumberland, Maine.

Dalam satu pesta yang dipanggil sebagai ‘pajama party’, anak-anak kambing ini akan dipakaikan dengan baju tidur berwarna-warni sementara ibu kambing dibiarkan menikmati ‘me-time’ sesama mereka.

Gelagat Anak Kambing Teruja Dipakaikan Baju Tidur Bakal Buat Anda Tersenyum 1

Jika anda sedang mengalami hari yang suram, kami pasti gelagat anak-anak kambing yang kelihatan sangat teruja dalam pakaian tidur berwarna-warni ini mampu mengembalikan semula kebahagiaan anda.

Untuk pengetahuan anda, pemaikaian baju pada anak-anak kambing ini membantu mereka untuk mengekalkan suhu badan normal dalam cuaca yang sejuk.

Gelagat Anak Kambing Teruja Dipakaikan Baju Tidur Bakal Buat Anda Tersenyum

Kalau nak tahu juga, tahun lalu kambing pernah menjadi tajuk berita di luar negara kerana mahu menaiki pengangkutan awam.

Pada Mac tahun lalu, seekor kambing baka kerdil, Belle yang dilaporkan hilang telah dijumpai di kawasan 25 batu dari rumah cuba untuk menaiki tram ke Manchester.

Belle dilihat sedang menunggu di belakang garisan kuning bersama-sama dengan penumpang lain. Tidak kekok walaupun hanya dia sahaja berlainan spesis, kehadiran Belle tidak dipedulikan penumpang lain yang dilihat sibuk menggunakan telofon bimbit.