
Tonton Dilema Giliran Beraya Chucky Dalam Filem Pendek ‘Chucky Raya Mana?’
Setiap kali tibanya Aidilfitri, setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya ada isu ‘balik raya kampung siapa?’ kan? Kadang-kadang ada pasangan yang sampai bergaduh hanya kerana isu ini.
Tak terkecuali, rupanya Chucky pun ada masalah yang sama! Tahun ini, Chucky dalam dilema kerana terpaksa memilih untuk beraya di kampung Anabelle, atau pun di Muar (kampung Tiffany).
Ohhh, rupanya isu ini memang isu sejagat untuk pasangan berkahwin di seluruh dunia ya? Jom, tonton filem pendek tentang dilema ‘Chucky Raya Mana?’ pada pautan di bawah. Berdekah dibuatnya.
Untuk pengetahuan anda juga, video pendek ini dibuat oleh peminat yang tak sabar menanti filem Child’s Play yang akan ditayangkan pada 20 Jun ini.
Amacam? Chucky dah buat pilihan beliau. Anda semua bagaimana?
Kehilangan yang dirindui.
P. RAMLEE : Seniman Tanah Air Tiada Ganti
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



