
Tonton Deklamasi Puisi Menyentuh Hati Daripada Tun M Dan A. Samad Said Sempena Merdeka
Beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62. Bebas daripada jajahan penjajah, semua rakyat Malaysia bangga mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, kenderaan dan jalan raya bagi meraikannya.
BACA: Pantang Larang Jalur Gemilang Tidak Boleh Dijadikan Pakaian, Kecuali Dalam 2 Situasi Ini
Turut sama tampil menyuarakan kecintaan kepada negara, AirAsia, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah mengangkat tema ‘Hidup Bersama’ yang merupakan sebahagian daripada kempen ‘Perjalanan Anda, Dedikasi Kami’ sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun ini.
Yang menarik dan istimewanya video kali ini, tema ini disampaikan dalam bentuk puisi hasil nukilan A. Samad Said yang dideklamasikan oleh Tun M dan A. Samad Said sendiri.
Puisi ini menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat yang sama-sama berusaha dalam menjadikan masa depan Malaysia lebih baik.
Tonton dendangan puisi yang amat menyentuh hati dan penuh makna di pautan bawah.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1DQocpHMP5/