drive_in_theater_1050x700

Tonton Dari Dalam Kereta, Wayang Konsep ‘Drive-In’ Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kini anda sudah boleh tonton dari dalam kereta dengan wayang konsep pandu masuk atau drive-in.

Pandemik COVID-19 menyaksikan banyak norma-norma baharu dalam kehidupan diamalkan termasuklah daripada aspek aktiviti sosial.

BACA: Perak Negeri Pertama Lancar Pawagam Pandu Masuk Di Malaysia

Jika negara luar seperti Korea Selatan sudah lama mempunyai sistem menonton wayang secara drive-in dan yang terbaru negara jiran terdekat Indonesia bakal melaksanakannya, jangan cemburu rakyat Malaysia. Tidak lama lagi anda turut akan merasakan yang sama.

Menggunakan konsep tonton dari dalam kereta, tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka yang luas.

Berita yang diumumkan menrusi satu hantaran di akaun @mjjunction2020 ini merupakan program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan MD Events Asia.

https://www.instagram.com/p/CCDT2yxlX_s/?igshid=b8em5kzcliab

Mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya menyatakan keterujaan, lokasi dan tarikh tayangan bagaimanapun masih lagi belum diumumkan.

Tonton Dari Dalam Kereta, Wayang Konsep ‘Drive-In’ Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia
Sumber: Insider

Meskipun panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai lalu selepas ditutup selama hampir empat bulan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih ada pihak yang berjaga-jaga enggan ke panggung wayang kerana risau akan keselamatan kesihatan mereka.

Tetapi dengan adanya wayang secara drive-in ini, maka bolehlah mereka menonton tanpa rasa risau. Untuk kaki wayang pula, selepas ini lebih bervariasilah pilihan tontonan mereka.

Jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang!