No Time To Die Trailer November

Tonton Daniel Craig Dan Rami Malek Bertarung Dalam Trailer ‘No Time To Die’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gara-gara penularan COVID-19, filem ejen penyiasatan British James Bond, No Time To Die telah ditangguhkan tayangannya di seluruh dunia – yang sepatutnya dijadualkan tayangan pada April 2020.

Produksi filem, MGM, Universal dan produser Bond, Michael G. Wilson serta Barbara Broccoli mengumumkan tayangan baharu No Time To Die dijadualkan pada November 2020.

Hampir pasti bakal ditayangkan dalam dua bulan lagi, United International Pictures telah melancarkan trailer baharu filem siri ke-25 James Bond ini di saluran Youtube.

Trailer kali ini memaparkan aksi bertenaga James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig dalam menentang musuhnya yang dilakonkan Rami Malek. Berbeza dengan trailer pertama, kali ini lebih banyak menonjolkan babak aksi bertarung yang lebih segar.

Filem ini mengisahkan tentang Bond tinggalkan kariernya sementara sebagai perisik untuk menjalani kehidupan biasa di Jamaica. Bagaimanapun, kehidupan tenang yang diinginkan itu hanyalah sementara apabila teman lamanya Felix Leiter dari CIA muncul meminta pertolongan.

No Time To Die Trailer November

Misinya pada kali ini untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, menjurus Bond untuk menjejak penjahat misteri yang bersenjata teknologi berbahaya.

No Time To Die juga turut dibintangi oleh Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, Lashana Lynch, Ralph Fiennes dan Ben Whishaw akan kembali dengan masing-masing membawa watak M dan Q. Filem ini diarahkan Cary Joji Fukunaga.

Tonton trailer terbaharu di sini. Ikuti pengumuman tarikh tayangan No Time To Die menerusi laman sosial UIP Malaysia.

Instagram: uipmalaysia

Facebook: United International Pictures Malaysia