Tonton Bagaimana Nenek Alzheimer Jadi Detektif Dalam ‘Oh! My Gran’

Tonton Bagaimana Nenek Alzheimer Jadi Detektif Dalam ‘Oh! My Gran’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Walaupun menampilkan genre komedi, filem Korea Selatan Oh! My Gran sebenarnya bukanlah filem yang sarat dengan unsur-unsur komedi tetapi membawa penonton mendalami kehidupan mereka dalam menguruskan ahli keluarga yang memiliki penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

Umum sedia maklum, penyakit yang memadam ingatan dan fungsi mental penting yang lain ini akan menyebabkan pesakit mengalami kekeliruan dan kesukaran untuk mengingati sesuatu perkara sehingga sampai satu tahap akan melupakan orang yang penting dalam hidup mereka.

Menggunakan konsep ini, pengarah, Jung Se-Kyo membina satu plot cerita seorang lelaki, Doo Won (lakonan Lee Hee Joon) yang tinggal bersama ibunya, Oh Moon Hee (lakonan Na Moon Hee) dan anaknya Bo Mi (lakonan Lee Jin Joo).

Konflik bermula apabila, Bo Mi terlibat dalam satu kemalangan langgar lari sehingga menyebabkan beliau koma. Satu-satunya saksi kepada kejadian tersebut adalah Oh Moon Hee dan anjingnya, Aengja.

Tonton Bagaimana Nenek Alzheimer Jadi Detektif Dalam ‘Oh! My Gran’ 2

Namun disebabkan penyakitnya, kata-kata Oh Moon Hee tidak diambil serius pihak polis sehingga mereka berdepan kesukaran untuk menyiasat perkara tersebut. Ditambah pula dengan ketiadaan rakaman kamera litar tertutup yang boleh digunakan sebagai petunjuk kepada pelaku.

Pihak polis yang kebingungan menyebabkan Doo Won tertekan sehingga terpaksa ‘turun padang’ dan berganding bahu bersama ibunya yang sering berimaginasi beliau adalah puteri dalam satu animasi televisyen menyiasat kejadian tersebut.

Sepanjang cerita bergerak, anda boleh lihat bagaimana plot dikembangkan dengan konflik yang tidak selesai yang pernah berlaku antara Oh Moon Hee dan Doo Won di masa lalu sehingga menyebabkan bekas isteri Doo Won dihalau Oh Moon Hee dari rumah dan mengalami keguguran.

Tonton Bagaimana Nenek Alzheimer Jadi Detektif Dalam ‘Oh! My Gran’ 1

Apa yang akan berlaku? Dapatkah Doo Won dan Oh Moon Hee mencari siapa pelaku yang melanggar Bo Mi?

Tonton trailer filem Oh! My Gran di pautan bawah: